Tuesday, 13 December 2016

BUILDING DEFECTS : STAINING

"Staining" (kotoran pada permukaan)
"Staining" adalah sejenis kecacatan yang sering kali kita lihat atau jumpa pada permukaan dinding atau siling bangunan. Ia lazimnya disebabkan oleh permukaan yang terdedah kepada serangan air (water attack) atau kelembapan (moisture). Kesan daripada "staining" ialah warna cat asal bertukar menjadi coklat kekuningan akibat proses tindakbalas yang berlaku.

Kesan "Staining" Pada Permukaan Siling Yang Disebabkan Oleh Serangan Air
PUNCA TERJADINYA "STAINING":
Antara punca terjadinya "staining" ialah disebabkan oleh :-
  1. Masalah waterproofing atau bahan kalis air yang tidak dibuat dengan baik
  2. Permukaan terdedah kepada air atau kelembapan

CARA MERAWAT "STAINING":
  1. Pastikan tiada kebocoran berlaku, hentikan segala sumber yang boleh menyebabkan kelembapan.
  2. Kikis, buang dan bersihkan cat lama pada permukaan.
  3. Cat semula permukaan dengan kelembapan tidak melebihi 6% (boleh juga rujuk keterangan pengeluar cat).
  4. Mengecat dengan teknik yang betul.

Saturday, 26 September 2015

GARIS PANDUAN UBAH SUAI RUMAH KEDIAMAN

Berikut adalah contoh garis panduan ubahsuai rumah kediaman yang telah ditetapkan oleh pihak "Local Authority"Garis panduan ini adalah penting sebagai rujukan sebelum pelan arkitek dan jurutera dapat dibuat.

Rumah kediaman yang diubahsuai tidak mematuhi garis panduan mungkin akan mengundang pelbagai masalah sekiranya pihak majlis membuat 'spot check' pada masa aktiviti ubahsuai sedang dijalankan.

1. Garis Panduan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)


(Klik Disini)
2. Garis Panduan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)


(Klik Disini)
Mudah-mudahan info yang sedikit ini dapat memberi manfaat kepada pembaca. Layari Official Page kami di Facebook: K-Kon Home Renovation

Sunday, 6 September 2015

PROSES UNTUK RENOVATE RUMAH

Proses untuk Renovate Rumah.

1. Pelan Renovation (Submission Plan) - 6 set termasuk linen (MDKL)

Pelan ini perlu ada sebagai syarat utama juga sebahagian proses untuk submit plan. Pelan-pelan ini disediakan oleh pelukis pelan (yang boleh sign) ataupun arkitek yang bertauliah.

Jika menggunakan perkhidmatan pelukis plan, maka beliau mestilah pelukis pelan yang telah berdaftar dengan majlis tempatan, contohnya MDKL.

Arkitek pula boleh digunakan perkhidmatannya di mana-mana majlis tempatan di Malaysia. Jika penambahan rumah (renovation) melibatkan penambahan tingkat atau Concrete Flat Roof (bumbung rata konkrit), maka anda perlu sertakan lukisan jurutera (structural plan) sebagai sebahagian proses submission. Kebiasaanya arkitek atau pelukis plan berdaftar akan menguruskan perkara ini.

Dokumen lain yang perlu disertakan :-

1. Lukisan Arkitek / Lukisan Jurutera


Contoh Pelan Arkitek

2. Salinan Kad Pengenalan Pemilik Rumah

3. Salinan Resit Cukai Tanah

4. Salinan Resit Cukai Pintu

5. Gambar Rumah Asal (dalam kertas A4)

6. Surat Permohonan dari pelukis pelan atau arkitek / jurutera

7. Surat Akujanji Tuan Rumah

8. Surat Persetujuan Jiran (optional)

9. Checklist MDKL

10. Borang A arkitek / pelukis pelan

11. Borang A Jurutera (jika berkenaan)

12. Bayaran Fees MDKL. Bayaran yang perlu disediakan :-

(i) Lukisan Arkitek: RM600 - RM1500 (bergantung pada besar binaan)
(ii) Lukisan Jurutera: RM300 - RM1000 (jika penambahan tingkat atau bumbung rata konrit)
(iii) Bayaran untuk proses pelan MDKL: Tingkat bawah RM35.00
(iv) Bayaran untuk proses pelan MDKL: Tingkat Atas RM35.00
(v) Bayaran Permit Binaan: RM50.00
(vi) Deposit RORO (tong sampah): RM400.00 - RM500.00

Jumlah keseluruhan bayaran tambahan Satu Tingkat contoh dapur (bumbung genting konrit): RM1200 - 1600
Jumlah keseluruhan bayaran tambahan untuk Dua Tingkat atau R.C. Flat Roof : RM1500 - RM3000.

Jika kerja-kerja dilakukan dahulu sebelum mendapat kelulusan, saman akan dikenakan sebanyak RM500. Tetapi, jika rayuan dibuat, biasanya denda dikenakan dalam linkungan RM150 hingga RM200 serta denda 10 kali bayaran proses pelan. Contohnya, proses pelan 35 x 10 = RM350.00. Jika dua tingkat, dendanya RM700.00. Jumlah bayaran submission + samanv+ denda. Kesimpulannya, elakkan memulakan kerja sebelum submission...Sebarang perubahan akan di-update dari semasa ke semasa.


-Terima Kasih-