DIRECTOR'S WORD


           Kami, Kekal Konsisten Enterprise (SA0234952-M), menjalankan perkhidmatan “Pre & Post-Delivery Inspection” untuk pembeli/pemilik rumah (buyers). Fokus kami adalah pada pelanggan yang baru saja mendapat kunci (vacant possession) untuk memasuki rumah. Dari sini, kami menyediakan khidmat nasihat dan juga servis permeriksaan kecatatan rumah (home defects) dalam tempoh DLP (Defect Liability Period) yang ditetapkan oleh pemaju perumahan (developer). Kebiasaanya tempoh DLP adalah antara 18 hingga 30 bulan, bergantung kepada ketetapan yang diberikan oleh pemaju. Adalah penting untuk mengenalpasti dan membaiki defects sebelum menduduki rumah bagi mengelakkan daripada masalah-masalah yang akan timbul di masa akan datang.

Bermula daripada kontraktor ubah suai secara kecil-kecilan (home renovator) pada tahun 2012, kami telah berjaya menyiapkan beberapa projek di sekitar Shah Alam, Kota Damansara & Klang. Perkhidmatan kami tertumpu kepada kerja-kerja ubah suai tandas/dapur, memasang jubin pada car porch dan juga kerja-kerja ID (interior design) seperti memasang dry wall partition, plaster ceiling dan juga kabinet dapur. Selain dari itu, kami juga mengambil job-job sampingan seperti plumbing service, mengecat dan juga mencuci rumah.

Berbekalkan sedikit pengalaman dalam bidang pembinaan (arkitektural), kami mula ‘melebarkan sayap’ kepada bidang pemeriksaan bangunan, iaitu Building Inspection, pada awal suku kedua tahun 2018. Syukur, kami memperolehi pengesahan oleh CIDB sebagai Qualified Qlassic Assessor yang membolehkan kami menjalankan kegiatan pemeriksaan bangunan, seperti yang disebut pada awal tadi. Fokus kami ialah dari aspek architectural works dan juga finishing. Jadi, kami ingin mengambil peluang ini untuk membantu pelanggan-pelanggan kami bagi memastikan mereka dapat menduduki rumah dengan kondisi yang terbaik dan memuaskan.

Untuk maklumat lanjut mengenai servis yang kami tawarkan atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh direct WhatsApp ke nombor kami : http://www.wasap.my/+60103570757

atau emailkan kepada kekalkonsisten2012@gmail.com

Sekian, terima kasih.