Wednesday, 6 November 2013

9 MASALAH LAZIM DALAM PENGUBAHSUAIAN RUMAH

   Dalam tidak sedar, terdapat ramai pemilik rumah yang masih kurang jelas atau memandang enteng tentang undang-undang dan spesifikasi yang telah ditetapkan oleh MBSA dalam membuat pengubahsuaian rumah. Akibatnya, timbul pelbagai masalah yang tidak diingini seperti :-
  1. Pemilik rumah disaman MBSA
  2. Tambahan rumah (extension) melebihi had serta mengganggu keselesaan jiran
  3. Ubahsuai rumah secara 'haram' tanpa kelulusan dari MBSA 
  4. Sampah sisa binaan tidak diselenggarakan yang menggangu jiran serta lalu lintas
  5. Membuat tambahan rumah tanpa kebenaran dari jiran
  6. Aduan daripada jiran kerana tidak membaiki bahagian rumah yang dikongsi seperti porch, atap, dan sebagainya
  7. Membiarkan rumah terbengkalai sehingga menjejaskan keselesaan jiran bersebelahan
  8. Notis saman ditanggung oleh pemilik rumah, disebabkan oleh rumah yang tidak siap, dibiarkan terbengkalai serta dipenuhi dengah sampah oleh kontraktor yang tidak bertanggungjawab
  9. Keruntuhan (collapse) disebabkan oleh reka bentuk yang tidak mengikut spesifikasi yang sepatutnya
Sisa bahan binaan yang tidak diselenggarakan - Gambar Hiasan
Rumah yang terbengkalai - Gambar Hiasan
Permasalahan seperti ini berlaku disebabkan oleh pemilik rumah yang mementingkan diritidak memikirkan hak orang lain serta tidak mahu mengambil tahu tentang garis panduan yang telah diberikan oleh MBSA. Oleh itu, amatlah penting bagi setiap pemilik rumah untuk memandang serius perkara ini bagi memastikan ubahsuai rumah dapat dilakukan dengan baik serta menjamin keselesaan bersama.

Thursday, 24 October 2013

TIPS & PANDUAN MENGEMAS DAPUR

              Pembersihan ruang dapur seharusnya dilakukan sepanjang masa secara konsisten kerana ruang inilah yang paling kerap digunakan untuk aktiviti memasak, penyediaan makanan dan sebagainya. Oleh itu, ruang ini sering terdedah kepada pelbagai kotoran terutamanya ketika memasak.

Ruang dapur yang kotor, berselerak & tidak terurus bukan sahaja memberikan ketidakselesaan, malah mengundang bebanan kepada para suri rumah atau ibu-ibu ketika mengemas dapur.

Gambar sekadar hiasan
Berikut adalah beberapa tips & panduan secara ringkas bagi meringankan bebanan ketika mengemas dapur :-

1. Kumpul semua barangan atau peralatan dapur yang jarang digunakan dan masukkan ke dalam sebuah kotak untuk disimpan di dalam stor.

Jika anda sudah tidak memerlukannya lagi, maka bolehlah berikan kepada jiran2 anda atau jual saja kepada pemborong barangan terpakai.

2. Segera membasuh semua peralatan memasak serta perkakas dapur sebaik sahaja selesai digunakan. Jangan biarkan pinggan mangkuk anda berkumpul di dalam sinki tanpa bercuci kerana ini akan membebankan anda untuk mencuci dalam kuantiti yang banyak.

3. Gunakan papan pemotong yang diperbuat daripada kayu keras atau plastik serta tidak mempunyai kesan retakan yang ketara.

Elak memilih papan pemotong yang diperbuat daripada bahan lembut. Basuh papan pemotong menggunakan air panas, sabun dan berus bahagian kotor. Bersihkan lagi menggunakan campuran peluntur dan air.

Papan pemotong perlu dibersihkan dengan rapi terutama selepas digunakan untuk makanan mentah seperti makanan laut dan ayam serta sebelum digunakan untuk makanan yang sedia dimakan.

Kalau boleh, sediakan 2 set papan pemotong dan asingkan papan pemotong untuk bahan mentah dan satu lagi untuk makanan segera seperti roti dan buah-buahan.