Thursday, 24 October 2013

TIPS & PANDUAN MENGEMAS DAPUR

              Pembersihan ruang dapur seharusnya dilakukan sepanjang masa secara konsisten kerana ruang inilah yang paling kerap digunakan untuk aktiviti memasak, penyediaan makanan dan sebagainya. Oleh itu, ruang ini sering terdedah kepada pelbagai kotoran terutamanya ketika memasak.

Ruang dapur yang kotor, berselerak & tidak terurus bukan sahaja memberikan ketidakselesaan, malah mengundang bebanan kepada para suri rumah atau ibu-ibu ketika mengemas dapur.

Gambar sekadar hiasan
Berikut adalah beberapa tips & panduan secara ringkas bagi meringankan bebanan ketika mengemas dapur :-

1. Kumpul semua barangan atau peralatan dapur yang jarang digunakan dan masukkan ke dalam sebuah kotak untuk disimpan di dalam stor.

Jika anda sudah tidak memerlukannya lagi, maka bolehlah berikan kepada jiran2 anda atau jual saja kepada pemborong barangan terpakai.

2. Segera membasuh semua peralatan memasak serta perkakas dapur sebaik sahaja selesai digunakan. Jangan biarkan pinggan mangkuk anda berkumpul di dalam sinki tanpa bercuci kerana ini akan membebankan anda untuk mencuci dalam kuantiti yang banyak.

3. Gunakan papan pemotong yang diperbuat daripada kayu keras atau plastik serta tidak mempunyai kesan retakan yang ketara.

Elak memilih papan pemotong yang diperbuat daripada bahan lembut. Basuh papan pemotong menggunakan air panas, sabun dan berus bahagian kotor. Bersihkan lagi menggunakan campuran peluntur dan air.

Papan pemotong perlu dibersihkan dengan rapi terutama selepas digunakan untuk makanan mentah seperti makanan laut dan ayam serta sebelum digunakan untuk makanan yang sedia dimakan.

Kalau boleh, sediakan 2 set papan pemotong dan asingkan papan pemotong untuk bahan mentah dan satu lagi untuk makanan segera seperti roti dan buah-buahan.